Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Izreen Azminda Enggan Dedahkan Jantina Anak

Izreen Azminda Enggan Dedahkan Jantina Anak


Izreen Azminda

Pelakon berkarakter, Izreen Azminda, 28, enggan mendedahkan jantina anak yang dikandungnya walaupun sudah mengetahui jantina bayinya itu.
“Hasil ujian imbasan yang dibuat baru-baru ini, doktor sudah mengesahkan jantina bayi saya. Namun, saya rasa, biarlah ia dirahsiakan terlebih dahulu.
“Lagipun, saya tidak mahu terlalu terburu-buru kerana banyak kes yang terjadi di mana ujian imbasan bukanlah keputusan tepat.
“Apa jua jantina, saya dan suami tidak kisah. Yang penting, dia sihat dan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Izreen yang kini mengandung enam bulan hasil perkahwinannya dengan seorang jurugambar bebas, Muhammad Riza Baharudin, 30, dijangka bersalin pada Julai nanti.
Mereka telah diijabkabulkan pada 30 Ogos tahun lalu di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar dan Izreen telah diwalikan bapanya sendiri serta menerima wang hantaran sebanyak RM19,001. SUMBER

Tidak ada komentar:

Posting Komentar